Diskriminasi merupakan layanan yang tidak adil dan tidak sama rata terhadap individu atau kelompok atas dasar ciri-ciri yang tidak relevan seperti jantina, ras, etnik atau kelas sosial. Diskriminasi berlaku apabila sesetengah kumpulan manusia manusia dengan dinafikan sesuatu hak semata-mata kerana perbezaan ras dan etnik.
Faktor penting yang membawa kepada prasangka dan diskriminasi ialah persepsi sosial yang tidak tepat tentang sesuatu kumpulan ras atau etnik. Persepsi tersebut diburukkan lagi oleh sejarah pertembungan awal antara kumpulan ras and etnik. Pertembungan antara pelbagai golongan ras dan etnik biasanya akan membangkitkan perasaan kami dan mereka (us and them), iaitu sikap melihat orang yang kita tidak kenali sebagai orang luar kelompok.
justeru hubungan mestilah tidak saksama dengan „orang dalam kelompok. Perasaan tersebut menyebabkan kita menganggap orang luar itu sebagai musuh, tidak boleh dipercayai, atau setidak-tidaknya harus dilayan dengan berwaspada serta tidak boleh diterima sebagai saksama. Proses sosialisasi juga turut menjadikan persepsi tersebut bertambah buruk, terutama sekali apabila persepsi yang salah itu diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Selain itu media massa seperti televisyen, filem, surat khabar dan seumpamanya memainkan peranan dalam memburukkan lagi persepsi yang salah itu, seolah-olah sesuatu kelompok ras dan etnik adalah ganas, miskin dan jahat. Misalnya dalam filem-filem Barat orang kulit hitam digambarkan sebagai penjenayah, pemabuk dan menjadi punca kepada segala masalah sosial dan ekonomi.
Antara impak prejudis dan diskriminasi ke atas hubungan etnik dan pembinaan negara ialah faktor politik ketegangan antara kaum di samping perbezaan agama, politik,negara , bangsa, ekonomi dan mobiliti sosial.tidak dapat dinafikan bahawa risiko etnik atau sifat perkauman semakin meningkat dalam kempen-kempen pilihan raya oleh parti-parti politik untuk mempertahankan kepentingan mereka sendiri sehingga mampu memusnahkan perpaduan.
Dibawah ini kami telah mengkaji beberapa stereotaip yang sudah kita dengar setiap kali berlakunya pergaduhan antara kaum dan telah menjadi buah mulut di kalangan kita sendiri. video yang telah kami rekod ini adalah bagi melihat persepsi orang ramai tentang soalan kami iaitu "Adakah semua kaum Melayu malas,Cina tamak dan India pemabuk ?".
Antara impak prejudis dan diskriminasi ke atas hubungan etnik dan pembinaan negara ialah faktor politik ketegangan antara kaum di samping perbezaan agama, politik,negara , bangsa, ekonomi dan mobiliti sosial.tidak dapat dinafikan bahawa risiko etnik atau sifat perkauman semakin meningkat dalam kempen-kempen pilihan raya oleh parti-parti politik untuk mempertahankan kepentingan mereka sendiri sehingga mampu memusnahkan perpaduan.
Punca Faktor Agama dan kepercayaan dilihat sebagai
faktor kedua antaranya tidak boleh berkongsi makanan yang tidak halal, wujud
perbezaan hukum terutama berkenaan aurat, makanan, perkahwinan, amalan berpuasa
dan selainnya. Kestabilan dalam perbezaan agama inilah keistimewaan yang ada
pada rakyat Malaysia. Perlu diingat bahawa, kestabilan ini boleh dianggap rapuh
sekiranya rakyat tidak betul-betul berpegang kepada amalan beragama dan
terpengaruh dengan anasir luar
Punca seterusnya konflik kaum melayu yang
tidak memahami apa yang rakan Cina dan India bualkan dalam bahasa mereka yang keberbetulan berada dalam kawanan mereka Walaupun hakikat bahawa
Cina, India dan Melayu adalah dari ras yang sama, mereka tidak mahu berkongsi
bahawa mereka adalah sama sepenuhnya, dengan hakikat bahawa mereka berbeza dari
pelbagai sudut. Lebihlebih lagi kebanggaan terhadap perbezaan tersebutlah yang
menyumbang pemilihan faktor ini sebagai antara faktor konflik.
Apakah Stereotaip ?
Prasangka dan diskriminasi berkait rapat dengan konsep stereotaip. Stereotaip merupakan pernyataan-pernyataan yang ditanggapi terlebih dahulu, yang merupakan kepercayaan dan jangkaan yang membentuk pernyataan tersebut. Ada stereotaip yang mengaitkan sifat-sifat negatif dengan sesuatu golongan etnik, seperti pemalas, pengotor, pembelit atau penipu. Kepercayaan umum ini mungkin terbentuk ekoran daripada pengalaman yang pernah dilalui sendiri, melalui sosialisasi atau mengikut apa yang diceritakan oleh orang lain.
Stereotaip ini memberi kesan apabila seseorang itu pertama kali bertemu dengan mereka yang berasal dari ras atau etnik yang berlainan. Walaupun pada hakikatnya mereka tidak mempunyai sifat-sifat negatif seperti yang katakan, tetapi oleh kerana stereotaip yang terbentuk dengan lebih awal itu, maka kita terus mempunyai buruk sangka terhadap mereka. Misalnya, kita baru terserempak dengan seorang Negro di Kuala Lumpur dan cuba memahami sikap beliau; maka pemahaman dan pentafsiran siapa beliau adalah berdasarkan kepada stereotaip yang kita ada mengenai orang Negro secara keseluruhan. Tafsiran kita mungkin tersasar daripada realiti apabila kita tiba-tiba teringatkan siapakah yang menjadi presiden Amerika Syarikat pada masa dahulu.
Kelompok ras dan etnik yang juga golongan minoriti bukan sahaja
diprasangkakan dan didiskriminasi tetapi dalam kes-kes tertentu mereka dijadikan mangsa lempar salah (scapegoat). Mereka sering dijadikan kambing hitam iaitu dijadikan alat untuk oleh golongan dominan jika berlaku sesuatu masalah sosial, ekonomi atau politik. Di Malaysia, pendatang-pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, dan sebagainya selalu dipersalahkan apabila kadar jenayah dan salah laku sosial meningkat.
diprasangkakan dan didiskriminasi tetapi dalam kes-kes tertentu mereka dijadikan mangsa lempar salah (scapegoat). Mereka sering dijadikan kambing hitam iaitu dijadikan alat untuk oleh golongan dominan jika berlaku sesuatu masalah sosial, ekonomi atau politik. Di Malaysia, pendatang-pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, dan sebagainya selalu dipersalahkan apabila kadar jenayah dan salah laku sosial meningkat.